Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat
Memandangkan dunia hari ini yang semakin menacabar,
calon-calon yang memohon pekerjaan haruslah dilihat berketerampilan bukan
sahaja dari segi penampilan fizikal semata-mata malah personaliti juga perlu
menyerlah.
Biarpun ada majikan yang akan melihat teliti keputusan dan
pencapaian sewaktu graduan itu di Universiti, ada kalanya kemahiran
berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan permasalahn juga diambil kira sebagai
elemen utama yang harus diutamakan.
Untuk itu, kami ingin kongsikan 15 soalan lazim yang ditanya
dalam sesi temu duga serta jawapannya demi memikat hati bakal majikan tersebut,
#1 Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?
JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan
platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun
tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam
masa yang terdekat.
Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini
sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru.
#2 Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?
JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya,
saya mahu mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.
#3 Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?
JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak
encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak
menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang
sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).
#4 Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?
JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam
keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang
sama di samping menanam sifat sabar.
#5 Apa Expectation Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?
JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara
professional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.
#6 Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?
JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang
diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan
yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai
waktu yang telah ditetapkan.
#7 Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?
JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan
sentisa dapat menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.
#8 Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?
JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala
kita tidak dapat menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan
buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak msalah tersebut dariapda mempengaruhi
emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.
#9 Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?
JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi
motivasi kepada diri saya secara profesional.
#10 Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?
JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi
jawatan tertinggi dalam syarikat malah mampu mengurus portfolio penting dalam
syarikat ini.
#11 Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?
JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya
perolehi daripada pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat
kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.
#12 Apa Kelemahan Anda?
JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu
masa.
#13 Apa Kekuatan Anda?
JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif
dan boleh diharap.
#14 Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk
Menyelesaikan Sesebuah Projek?
JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang penting adalah saya boleh
memperolehi pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk
bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.
#15 Ada Apa-Apa Soalan?
JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya
adalah peluang keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang
menemu duga.
Banyak soalan yang boleh ditanya termasuklah:-
“Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”
“Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan
bekerjasama jika saya diterima kelak?”
Secara tidak langsung, soalan-soalan begini akan buat majikan
berasa yang anda sangat berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati
supaya ia tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.
Selamat bejaya!
No comments:
Post a Comment