Tuesday, October 16, 2018

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat


Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat





Memandangkan dunia hari ini yang semakin menacabar, calon-calon yang memohon pekerjaan haruslah dilihat berketerampilan bukan sahaja dari segi penampilan fizikal semata-mata malah personaliti juga perlu menyerlah.

Biarpun ada majikan yang akan melihat teliti keputusan dan pencapaian sewaktu graduan itu di Universiti, ada kalanya kemahiran berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan permasalahn juga diambil kira sebagai elemen utama yang harus diutamakan.

Untuk itu, kami ingin kongsikan 15 soalan lazim yang ditanya dalam sesi temu duga serta jawapannya demi memikat hati bakal majikan tersebut,



#1 Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?



JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat.

Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru.



#2 Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?

JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.



#3 Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?



JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).



#4 Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?

JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.



#5 Apa Expectation Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?



JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.



#6 Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?

JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.



#7 Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?

JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentisa dapat menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.



#8 Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?

JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak msalah tersebut dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.



#9 Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?

JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada diri saya secara profesional.



#10 Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?

JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat malah mampu mengurus portfolio penting dalam syarikat ini.



#11 Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?

JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.



#12 Apa Kelemahan Anda?



JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.



#13 Apa Kekuatan Anda?

JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.



#14 Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk Menyelesaikan Sesebuah Projek?

JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang penting adalah saya boleh memperolehi pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.



#15 Ada Apa-Apa Soalan?



JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang menemu duga.

Banyak soalan yang boleh ditanya termasuklah:-

“Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”
“Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan bekerjasama jika saya diterima kelak?”
Secara tidak langsung, soalan-soalan begini akan buat majikan berasa yang anda sangat berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati supaya ia tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.

Selamat bejaya!

SOALAN LAZIM TEMUDUGA


SOALAN LAZIM TEMUDUGA



SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA



Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:


1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.



Soalan: Namakan company , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tentang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.


Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.


Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini"Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan menyertakancontoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikansituasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dancadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.


Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?

Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:

#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.

#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.

#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.


Soalan: Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?



Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidaksuka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalumemberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapanbahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru atausyarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga).Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri danmemberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:

#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.

#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.

#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.

#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.


Soalan: Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.

Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.


Soalan: Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?



Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.

Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:

#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.



SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA




Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.


Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada positif.Contohnya seperti berikut:

Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.

#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.


Soalan: Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?



Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:

#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.

#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.

#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.


Soalan: Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.

#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.

#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.

#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.


Soalan :Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?

Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:

#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.

#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.

#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.


Soalan: Cuba ceritakan cara kerja anda?



Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:

#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.

#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.

#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.

#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.


Soalan: Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:

#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.

#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.

#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.


Soalan: Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?



Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:

#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.

#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN PADA 3 BULAN PERTAMA KERJA

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN PADA 3 BULAN PERTAMA KERJA


Bagi yang baru mendapat kerja, kami nak ucapkan Tahniah! kerana telah menjalani alam kerjaya. Tapi sebelum anda mulakan kerja, anda perlu tahu apa perkara 3 bulan pertama kerja yang perlu anda lakukan untuk memastikan kerjaya anda lebih berjaya pada masa hadapan.
Ini benda penting untuk anda tahu supaya ia dapat memberikan momentum untuk anda menjalani kerjaya anda dengan lebih baik.

Jom lihat Perkara Yang Perlu Dilakukan Pada 3 Bulan Pertama Kerja Anda


1. Merancang dan semak semula plan dan matlamat  sejak hari pertama.


Lihat semula matlamat yang anda dah tetapkan sewaktu anda diberikan jawatan baru.
Walau apa pun yang anda dah tunjukkan kepada syarikat tersebut sewaktu anda ditemuduga, jadikanlah misi syarikat seperti misi anda sendiri dan usahakan visi tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Tunjukkan bagaimana matlamat anda mampu mengubah cara anda bekerja dengan memastikan ianya mampu siap dengan cepat dan menjadikan diri anda sama seperti yang anda impikan sewaktu hari pertama anda bekerja.

2. Menambah nilai kepada rakan sekerja

Cukuplah 3 bulan sebagai tempoh untuk anda belajar dan tahu apa yang rakan kerja anda boleh bantu anda.
Anda dinasihatkan, sejak mulanya minggu pertama anda bekerja, anda perlu sertai dan hadir ke mana-mana meeting serta perbincangan yang melibatkan diri anda untuk memastikan yang anda boleh menjadi seorang yang sangat profesional diantara rakan kerja yang lain.
Cuba untuk memberi nilai diri anda kepada rakan sekerja yang lain supaya mereka merasakan anda adalah rakan sekerja yang mampu untuk bekerjasama.

3. Cari penyelesaian sekiranya ada apa-apa masalah yang boleh memberi kesan kepada pasukan.


Kalau anda mempunyai masalah dengan rakan sekerja yang lain, jangan cuba untuk lari darinya. Tapi ambil bahagian untuk bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut.
Cuba belajar dari mereka yang berpengalaman di luar sana atau rakan sekerja yang anda percaya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan profesional.
Letakkan emosi di luar. Fokus kepada penyelesaian.
Jika anda dari awal suka untuk lari dari masalah, percayalah yang anda tidak akan kekal lama dalam syarikat tersebut. 

4. Menilai semula social group anda dan luaskan kenalan.


Memanglah senang untuk berasa selesa dengan jiran jiran bersebelahan meja atau berada disekeliling anda – tetapi bila anda dah mula kenal mereka, inilah masanya untuk anda luaskan kuasa dan berkenalan dengan orang lain pula.
Anda mungkin boleh mula dengan cara tanya nasihat dan pandangan mereka yang lain tentang sesuatu perkara.
Ramai orang akan lebih suka untuk bercakap tentang diri sendiri
Ramai orang lebih memilih untuk berkongsi tentang apa yang mereka dah belajar dalam bidang mereka sepanjang mereka kerja. Jadi janganlah takut untuk anda menambah kenalan, dan apa yang anda perlu buat cuma belajar sahaja.

5. Cuba cari jalan baru untuk dapat pencapaian yang lebih.


CEO daripada Slack iaitu Stewart Butterfield ada memberitahu bahawa dia lebih mendorong pekerja-pekerjanya untuk membuat eksperimen dan bersifat inovasi.
“Saya merasakan bahawa remaja yang berusia di antara awal 20an hingga ke pertengahan 20an mempunyai sifat yang sangat bersungguh sungguh.” katanya
“Mereka juga bersifat sangat serius dan mereka ingin capai sebanyak benda yang mungkin sewaktu mereka muda daripada hanya sibuk cuba semua perkara. Jadi saya akan cuba push mereka untuk buat lebih banyak eksperimen.”

6. Perbaiki habit anda

Seorang penulis buku terkenal Charles Duhigg untuk bukunya “The Power of Habit,” ada menulis:
“Typically, people who exercise will start eating better and becoming more productive at work. They smoke less and show more patience with colleagues and family. They use their credit cards less frequently and say they feel less stressed. Exercise is a keystone habit that triggers widespread change.”
Aktiviti lain yang bersifat positif sebenarnya dapat meningkatkan hasil kerja anda ke arah yang lebih baik.
Jika anda mempunyai habit yang tidak baik. Perbaiki dan cari sesuatu habit yang dapat meningkatkan produktiviti diri anda.

7. Kenal pasti perkara yang melalaikan diri anda.

Sebenarnya ia merupakan perkara yang sia-sia untuk kita bazirkan masa kita – tetapi itu semua terpulang kepada anda untuk teruskan atau tidak.
Perkara pertama yang anda perlu buat ialah anda perlu tahu macam mana cara untuk habiskan masa keseluruhan hari anda jadi anda boleh kenal pasti apa perkara yang membuatkan anda boleh jadi lebih produktif ataupun tidak.

8. Demostrasikan nilai diri anda dalam syarikat.

Orang yang berjaya akan selalu praktikkan nilai yang mereka miliki untuk tunjukkan kepentingan mereka kepada syarikat.
Sekiranya anda ingin mengubah jawatan kepada leadership ataupun anda ingin tukar angin ke syarikat yang lain, perkara pertama yang anda perlu fikirkan ialah,
“Bagaimana caranya saya ingin buatkan mereka rasa bersemangat dengan kehadiran saya?”
Jawapanya mudah : “Anda kenalah faham apa yang penting bagi mereka. Bagaimanakah cara mereka melihat kejayaan? Apa yang anda boleh offer untuk buatkan kerja mereka lebih mudah?”
Bila jawapannya ada dapat, tunjukkan nilai ini kepada mereka.

9. Buat matlamat baru untuk penuhi jangkaan majikan.


Sekiranya anda ada masa yang terluang, anda boleh cuba untuk berbincang dengan majikan anda untuk tengok dan nilai sama ada matlamat anda bertepatan atau tidak dengannya.
Ini merupakan peluang yang sangat berharga untuk anda dapatkan respon yang cepat tentang apa yang anda sedang buat sekarang, apa yang anda boleh perbaiki, dan apa yang anda boleh buat untuk anda habiskan hujung minggu anda untuk perbaiki apa yang patut supaya anda akan dapat hasil yang bagus untuk syarikat.

10. Ambil setiap peluang yang anda untuk membuat kenalan dengan pekerja.


Walaupun networking kedengaran agak menakutkan, tetapi percayalah yang ia sangatlah mudah semudah minum kopi atau hanya bersembang tentang cerita kegemaran anda dengan mereka.
Dengan cara anda berkomunikasi dengan rakan sebaya anda sebenarnya sangat penting, ia akan mempengaruhi seperti mana anda berkomunikasi dengan boss anda.
Admin nak beritahu pengaruh utama dalam hidup ialah rakan sebaya kita, sebab anda akan jatuh dan bangun bersama sama. Admin banyak rakan kerja yang mereka sendiri dapat kerja melalui kenalan rakan-rakan lama mereka yang lama tidak berjumpa. 
Kadang kala, jawatan kosong itu diberikan disebabkan hanya atas dasar kawan kepada kawan yang tahu tentang kerja itu dan ini dan lebih dipercayai. 
Okay semoga tips perkara yang perlu dilakukan pada 3 bulan pertama kerja ini dapat dijadikan sebagai salah satu panduan untuk anda untuk terus kekalkan momentum anda dalam menjalani kerjaya.

Sambung Belajar atau Bekerja, Mana Satu Pilihan Anda?

Sambung Belajar atau Bekerja, Mana Satu Pilihan Anda?


Kerja atau sambung belajar, mana satu yang lebih baik?. Ramai yang keliru sama ada hendak sambung belajar atau terus bekerja selepas tamat SPM ataupun Diploma. Sesetengah orang berpendapat lebih baik sambung belajar alasannya masih muda dan mudah menghadam apa yang diajarkan di dalam kuliah. Tamat pengajian tangga gaji lebih baik berbanding jika hanya ada SPM sahaja.

Walau bagaimanapun, ada segolongan pula beranggapan lebih baik bekerja dulu dan ambil peluang untuk melatih diri dalam suasana bekerja. Apabila ada rezeki lebih nanti barulah teruskan niat untuk sambung belajar. Anda pula bagaimana?. Lebih suka belajar atau bekerja dahulu?. Apa pun pilihan anda, mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat.  Diakhir perkongsian ini, fikirkanlah sendiri baik dan buruknya.

KERJA ADALAH LEBIH BAIK



Menimba Pengalaman Sebenar

Ramai di antara pelajar yang beranggapan bahawa apabila mereka menamatkan belajar tidak kira walaupun hanya di peringkat SPM atau diploma, terus bekerja merupakan langkah yang terbaik. Mereka yakin bahawa dengan bekerja mereka mampu menimba pelbagai ilmu yang berguna bukan sahaja terhad hanya di dalam kelas sahaja. Bagi mereka pembelajaran di dalam kelas dan di dunia sebenar itu sangat berbeza.

Dengan bekerja juga, mereka percaya bahawa mereka mampu memperoleh banyak pengalaman yang akan membantu diri sendiri dalam  mendapatkan kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan. Golongan ini juga amat yakin bahawa pada hari ini majikan lebih melihat kepada pengalaman kerja berbanding kelulusan semata-mata.

Mengumpul Pendapatan

Antara salah satu sebab mengapa segelintir daripada mereka gemar untuk terus bekerja daripada menyambung pengajian adalah ingin merasa gaji lebih awal berbanding rakan lain yang meneruskan pengajian ke kolej atau universiti. Boleh kumpul wang lebih awal untuk persiapan hari tua, beli rumah, kereta dan sebagainya.

Tambahan pula, pada hari ini gaji seorang yang hanya memegang kelayakan sijil diploma boleh mencecah atau melebihi RM2500 berbekalkan pengalaman yang ada! Siapa yang tidak mahu memilih untuk bekerja berbanding belajar?.

Dapat Mengasah Kebolehan

Ini juga adalah faktor utama mengapa pelajar lebih berminat untuk terus bekerja berbanding untuk menyambung belajar. Mereka dapat mengasah bakat terpendam tanpa perlu ke kelas atau mengambil peperiksaan di universiti. Mereka dapat terus menjalani latihan praktikal dan mengasah bakat dalam bidang yang minati.

Walau bagaimanapun, niat sambung belajar itu ada cumanya belum masa yang sesuai atau belum timbul lagi kesedaran untuk melanjutkan pengajian. Mungkin apabila ianya diperlukan kelak boleh sambung sebagai pelajar separuh masa PJJ.


SAMBUNG BELAJAR ADALAH LEBIH BAIK



Peluang Pekerjaan yang bagus
Bagi sesetengah pelajar mendapatkan kelulusan yang tinggi adalah perkara yang penting dan serius dalam mendapatkan kerjaya yang menjamin masa hadapan. Semakin tinggi kelulusan yang diperoleh semakin mudah mereka mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang bagus dengan tangga gaji yang lumayan. Tetapi, mereka perlu diingatkan bahawa bukan semua graduan mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik kerana keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan atau hanya sekadar ‘lepas pagar’ tidak akan dipandang majikan.

Mudah Dinaikkan Pangkat
Dengan mempunyai kelulusan yang tinggi seperti di peringkat ijazah, master mahupun PhD, golongan yang mementingkan pelajaran ini merasakan kelayakan mereka untuk mendapatkan pangkat atau jawatan dalam sesebuah syarikat/organiasasi adalah lebih terjamin. Semakin tinggi kelayakan yang dimiliki semakin mudah untuk mereka mengejar cita-cita yang diinginkan selain kurangnya persaingan dalam mendapatkan pekerjaan tersebut.

Gaji Yang Lebih Lumayan

Seperti mana yang anda sedia maklum, kebiasaannya apabila seseorang individu itu mempunyai kelulusan yang baik, pendapatan atau gaji yang diterima juga akan bertambah. Selalunya golongan yang mempunyai segulung ijazah ini, majikan telah meletakkan standard gaji tertentu dan jumlah gaji akan semakin meningkat seiring dengan pengalaman yang diperolehi. Tidak perlu bermula daripada bawah seperti mana kelulusan rendah. Walau pengalaman banyak, gaji hanya naik sedikit sahaja.

Jadi kesimpulanya, mana satu yang menjadi pilihan anda?. KERJA atau BELAJAR?. Fikir-fikirkanlah sebaiknya kerana jalan yang anda pilih itu baik atau buruknya anda yang bakal laluannya. Selamat datang ke dunia orang dewasa yang penuh dengan liku-liku kehidupan ini!.

9 Tip Nak Dapat Tawaran Kerja Selepas Habis Belajar

9 Tip Nak Dapat Tawaran Kerja Selepas Habis Belajar




Siapa yang tak mahu bila habis saja belajar terus dapat tawaran kerja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, rasa macam bersalah pula kalau masih ditanggung oleh mak ayah.
Jadi, sehabis mungkin kita berusaha untuk mendapatkan pekerjaan secepatnya.
Untuk membantu korang yang mungkin baru saja menamatkan pelajaran, berikut merupakan perkongsian tip bagaimana untuk mendapat tawaran kerja sejurus selepas korang tamat belajar.
Walau bagaimanapun, pastinya ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Tapi tak salah kan kalau korang usaha dan berikhtiar.

1. Kemaskini resume.


Sila update resume anda seawal yang boleh. Kalau boleh masuk je semester akhir tu dah terus update. Rujuklah resume/cv kawan-kawan yang dah dapat kerja. Tengok macam mana resume/cv mereka.


2. Cari peluang pekerjaan.

Cari kerja ni bukan bermula selepas anda habis final exam semester akhir. Seeloknya seawal mungkin. Kalau boleh 3 bulan sebelum final exam dah boleh apple. Apply sebanyak yang boleh.


3. Pergi pameran kerjaya.


Ramai yang mungkin tak minat nak ke pameran kerjaya dan pilih untuk buat online application. Tetapi pameran kerjaya ni banyak membantu sangat. Kita lebih ada direct contact dengan HR company semua. Drop resume sebanyak yang boleh.
Sebelum terjah mana-mana booth company, make sure survey sikit pasal company tu. So bile ssembang dengan org HR nampak la anda tu one step ahead dari orang lain.


4. Mohon kerja secara online.

Boleh apply dekat Jobstreet, Graduan, Maukerja dll. Kalau company ada online application, boleh je apply dekat situ. Sentiasa rajin tengok segala macam peluang kerja yang ada di website. Kalau rasa sesuai, just hantar resume dah tunggu reply.


5. Pengalaman kerja.

Biasa fresh graduate selalul ada problem ni. Tapi tenang. Intership yang kita buat sebelum ni dan kerja-kerja sambilan semasa cuti semester boleh sumbat dalam resume/cv sebagai working experience.


6. Jangan tolak tawaran interview.


Selepas kita apply, sometimes company panggil kita interview offer position yang kita tak minat sangat. Tapi jangan tolak interview tu! Pergi untuk dapatkan pengalaman. Tengok macam mana interview itu berjalan. Buat analisis soalan apa yang interviewer tanya. Semakin banyak interview kita akan rasa confident dan tak gugup sangat. Kita jadi tenang dan lebih bersedia.


7. Minta pertolongan kawan-kawan (bukan guna cable tau!).

Kalau kita ada kawan-kawan yang dah kerja, risik-risikla kalau ada kerja kosong dekat company tu. Kadang-kadang ade je kerja kosong yang company tak iklankan. Jadi kena banyak bertanya dengan mereka.


8. Don’t give up.


Never give up. Cari kerja selagi boleh. Walaupun kena reject dengan banyak company, tiap-tiap hari kena keep on apply job lain. Email sebanyak mungkin. Xkena bayar duit setem pun.


9. Paling penting, usaha!.


Memang rezeki semua orang dah tertulis. Tapi kalau tiada usaha macam mana kita nak dapat. Jadi sentiasa berusaha tanpa kenal erti penat. Masa muda ni lah gunakan kudrat dan tenaga yang Allah bagi tu.

InsyaAllah kalau dah rezeki tak ke mana. Good luck guys!