SOALAN LAZIM TEMUDUGA
SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi
tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga
namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang
terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN
(Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya
oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri
anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak
begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin
pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja
yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai
kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa
soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan
kepada beberapa bahagian:
1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan: Namakan company , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa
berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?
Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian.
Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak
boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan
secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada
mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tentang
perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.
Soalan: Apakah
tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?
Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah
menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan
kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini
adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai
nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak
muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar
belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.
Soalan: Apakah cabaran
utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah
tersebut?
Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja
seperti ini"Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan
menyertakancontoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikansituasi
yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan
tentang masalah tersebut dancadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian
kepada masalah tersebut.
Soalan: Apakah yang
telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda
menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti
berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada
kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin
ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh
menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua
kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan
kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat
menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.
Soalan: Apakah yang
anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang
tidaksuka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalumemberi
tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah
mungkin penemuduga beranggapanbahawa anda akan bercakap negatif tentang
pekerjaan baru atausyarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau
dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga).Sebaliknya
anda perlu bercakap tentang diri sendiri danmemberitahu tentang apa yang anda
ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti
berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan
rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang
memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan
bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya
ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya
selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat
kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi
memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama
saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat
kerja lama saya.
Soalan: Pernakah anda
bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda
uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian.
Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu
mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang
telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi
suka walaupun kami tidak berkawan.
Soalan: Kenapa anda
berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama
jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana
anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti
berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang
cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin
merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas
disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya
ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar
mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.
SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA
Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan
ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku
anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang
ditanya oleh penemuduga.
Soalan: Apakah
kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda
jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi
tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada
positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih
awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar
daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya
lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga
saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.
Soalan: Apakah kekuatan
yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab.
Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran
dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan
kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:
#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun
dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur
sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.
#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah
yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang
tersendiri.
Soalan: Bagaimana
kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda
ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas
kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu
anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.
#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja
dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok
bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan
merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan
kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya
tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja.
Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja
saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya
akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah
ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.
Soalan :Ceritakan serba
sedikit tentang latar belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member
jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum
ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan
sentiasa fokus terhadap kerja saya.
#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari
jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi
terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.
#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih
proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.
Soalan: Cuba ceritakan
cara kerja anda?
Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang
anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja
dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan
itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member
tumpuan kepada kerja yang seterusnya.
#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain
dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.
Soalan: Bagaimana cara
anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan
pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti
berikut:
#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya
tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk
saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan
tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan
produktif.
#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan
kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya
menurun.
#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam
tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.
Soalan: Apakah perkara
yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan
saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan
sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat
pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.
#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa
jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang
saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya
khususnya.